ads top

Kenali Potensi Diri



APAKAH ITU POTENSI DIRI?

PERTAMA : Apakah aktiviti dan tugasan yang dapat kita lakukan dengan cemerlang. Seumpama hobi, kerja, perhubungan dan apa sahaja yang kita boleh lakukan dengan cemerlang.

KEDUA : Individu yang kita dapat capai. Seumpama profesion, status sosial dan kebanggaan yang kita dapat capai.

KETIGA : Apakah pencapaian yang mungkin kita perolehi. Pencapaian hidup, kekayaan, penghargaan, anugerah juga apakah impak yang boleh kita lakukan kepada dunia.

Potensi berasal usul daripada kata akar “potent” yang berkaitan apa sahaja yang kita dapat capai apabila kita membangunkan dan menggunakan kebolehan, bakat dan keupayaan yang ada pada diri kita.

Setiap seorang daripada kita mempunyai ‘benih-benih’ kehebatan dalam diri kita. Setiap seorang mempunyai potensi berbeza-beza dan mungkin ada juga yang sama. Ada sesetengah individu mempunyai keupayaan untuk menyanyi, memasak, menyelesaikan soalan matematik yang rumit, pandai buat lawak dan ada keupayaan menembak dengan tepat walaupun tidak melihat. Potensi ini akan keluar apabila kita ‘siram’kannya untuk membolehkannya bertumbuh dan berkembang biak dalam diri kita.

Secara kolektif, kita semua mempunyai segala potensi untuk mencipta dan mengekalkan kehidupan kita di dunia ini, dunia yang dikatakan membolehkan setiap impian menjadi nyata. Walaubagaimanapun ia memerlukan setiap ‘alat bajakan’, ‘gemburan’, ‘agen pendebungaan’ dan apa sahaja untuk menjadikannya realiti.

Ia adalah bukan hanya apa yang sedia, ia adalah persoalan apa yang kita dapat lakukan dengannya. Ada sesetengah individu mungkin sudah sedia ada potensi pada dirinya, namun kerana ia tidak melakukan sesuatu potensi itu hanya terpendam di dalam dirinya.

Potensi diri ini bukan hanya spesifik atau terhad kepada sesuatu ruang atau kawasan sahaja. Ia umpama sebuah air terjun yang tidak berhenti-henti mengalirkan air ke dalam kolam, ia adalah gabungan cara berfikir dan keupayaan diri. Kita bukan sahaja berpotensi dalam bidang kerjaya sahaja, tetapi juga dalam perhubungan, cinta dan kasih sayang. Kita ada potensi untuk menjadi sihat dan hidup bahagia.


Jadi, jangan berlengah untuk serlahkan Potensi Diri demi kejayaan anda..! Kenali diri dan fahami kekuatan yang ada dalam diri anda dan luahkan segala bakat terpendam dalam diri untuk berjaya. Selamat mencuba..!! =)


~ Wassalam ~



Rizali Masri
\(^_*)/


Share on Google Plus

Tentang Rizali Masri

RizaliMasriDotCom asasnya adalah sebuah website peribadi yang berkongsi artikel berkenaan keusahawanan, motivasi, isu semasa, kesihatan, ilmu pengetahuan dan travelog. Kini, website ini turut menyediakan pelbagai tawaran kursus keusahawanan, video marketing, membina website / e-commerce. Hubungi saya di 011-1636 2729.

0 respons pembaca:

Post a Comment

Hi everyone .. please leave your comment here